The Director Files

Apa Itu IVF & Bagaimanakah ia Membantu?

Apa itu IVF? IVF adalah bayi tabung uji dan dalam bahasa Inggeris adalah In Vitro Fertilisation, adalah sebagai salah satu rawatan kesuburan yang terkenal. Bayi tabung uji iaitu satu proses di mana telur akan disenyawakan di luar rahim, iaitu di dalam makmal.

‘In vitro’ merujuk kepada bekas kaca yang digunakan untuk proses persenyawaan telur yang diambil daripada ovari dan sperma daripada lelaki. Tekan sini untuk lebih banyak info.

 rawatan kesuburan lelaki

Embrio akan dihasilkan selepas mensenyawakan telur dengan sperma di dalam makmal. Kemudian, embrio itu akan dimasukkan ke dalam rahim.

Tempat yang boleh dapatkan rawatan IVF di Malaysia adalah hospital kerajaan dan hospital swasta. Harga IVF di Malaysia bukanlah mahal sangat dan kos di hospital kerajaan adalah agak rendah sekitar RM 5,000 (minimum). Bagi hospital swasta pula, harga IVF antara RM 9.000 hingga RM 20,000. Selain itu, harga sebenar mungkin tidak sama mengikut perubatan dan polisi insurans anda.

Kebaikan Bagi IVF Bagi Orang Ramai

Jika anda dan pasangan ada masalah-masalah kesuburan, anda boleh mengambil rawatan IVF ini. IVF boleh memberi peluang yang agak tinggi kepada wanita untuk mengandung.

Rawatan IVF di Malaysia adalah sesuai untuk sesiapa ada masalah seperti wanita yang mempunyai masalah fibroid, PCOS, ataupun endometriosis. Bagi lelaki pula, kualiti sperma yang tidak baik akan menyebabkan tidak dapat hamil.

Anda perlulah mendapatkan nasihat daripada doktor kalau anda dengan pasangan masih tidak dapat hamil selepas 2 tahun dan puncanya masih belum dapat dikenal pasti.

Peratus proses IVF berjaya ini adalah bergantung kepada beberapa elemen seperti umur wanita, jenis masalah kesuburan, atau hospital di mana IVF dilakukan.  Layari laman web kami untuk ketahui lebih lanjut!

 rawatan kesuburan untuk lelaki

Dengan Tips IVF, Anda Boleh Mengikut Tip-Tip Berikut Untuk Menaikkan Kadar Kejayaan Anda.

Mencapai BMI Yang Ideal

Anda perlu tahu berat badan memainkan peranan penting dalam rawatan IVF ini. BMI yang normal (BMI 18.5-24.9) bermaksud tiada obes atau terlalu kurus agak membantu kejayaan anda. Jika anda mempunyai berat yang kurang iaitu BMI di bawah 18.5, anda perlu menambah berat badan yang banyak. Sebaliknya pula jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan, anda hendaklah menambah berat dengan makanan yang seimbang.

Menghentikan Pengambilan Alkohol Dan Rokok

Anda hendaklah menghentikan perkara-perkara yang menjejaskan kualiti sperma seperti merokok dan pengambilan alkohol sekurang-kurangan 3 bulan sebulum rawatan IVF.

Semakin Awal Anda Menerima Rawatan, Peluang Anda Semakin Tinggi.

Menurut kajian, peratus kejayaan IVF boleh menghampiri 50% pada seorang wanita muda yang berumur 30 lebih. Manakala untuk wanita berusia 40 lebih dan ke atas peratusnya mungkin hanya 10% sahaja.

Wanita hendaklah menerima rawatan segera terutamanya jika berumur 35 ke atas, atau suami berumur 45 ke atas.

 ivf malaysia

Mengekalkan Gaya Hidup Yang Sihat

Pengambilan makanan seimbang dan senaman ringan seperti berjalan dan berenang. Masa untuk senaman perlu sekurang-kurangnya 30 minit sehati setiap hari.

Elakkan Tekanan Dan Jaga Emosi

Anda boleh mengelakkan stres dan menjaga emosi anda dengan berfikiran positif. Mengamalkan gaya hidup aktif dan berfikiran positif mampu menghasilkan “hormon bahagia” yang dipanggil endorphin. Hormon ini meneutralkan kesan-kesan negatif stres. Setiap rawatan IVF tidak mungkin 100% berjaya walaupun di hospital yang terbaik. Oleh itu, anda perlulah berfikiran realistik dan positif supaya mengurangkan tekanan dan sekali gus memberikan impak positif dalam proses IVF.

Membuat Pilihan Bagi Doktor Yang Sesuai

Pilih klinik rawatan kesuburan yang sesuai adalah sangat penting kerana ini akan menjejaskan kejayaan IVF anda. Anda boleh membandingkan harga-harga dan boleh tanya sesiapa yang ada pengalaman IVF dan pernah mengambil rawatan ini untuk mencari klinik yang sesuai. Anda jangan mudah terpedaya dengan maklumat-maklumat dan jangan pergi klinik yang haram.